AYAT SERIBU DINAR
Bismillahhirrahmannirrahiim
Waman Yattaqillah yaj'allahu makhraja
Wayarzuqhu min haisu laa yahtasibu waman yatawaqqal alallahi fahuwa hasbuuhu innallaha balighu amriihi qad ja'allallaha likulli syai'in qadiir.
Artinya :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan
mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan
diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya).
Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang
bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya
(keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap
melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan
masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah
At-Talaq)
Hikmah Ayat
1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini
Insya’Allah akan:
1.
Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak
disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
Sejarah
Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang
pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000
dinar. Setelah tiga
kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi
pedagang tersebut bermimpi
bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang
tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki
kapal. Di tengah pelayaran ia dilandaangin taufan yang
sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus
membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki
pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah
reda angin, beliau
mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak
rosakwalau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau
sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil
keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang
baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3
surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang
diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
.
.
Pendapat
Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan
ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk
memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan
tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana
tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat
Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan
kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna
setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk
diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang
itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan
bertawakkalkepada Allah dalam semua
urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup
setiap hambaNya. Jika keyakinan itu
disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu
kesudahan.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas
solat dan ketika berdepan
masalah. Tidak kurang
juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis
perniagaan mereka, dengan harapanperniagaan bertambah maju. Walaubagaimana
pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi
solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau
sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya
kita selalu beringat untukbertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali
dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan
cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik
doa untuk segala masalah. Walaupun
begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika
susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk
sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam
keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang
sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat
seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah
serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.
Hikmat Dan
Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang
sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap
kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan
baginya jalan keluardari segala
kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah
Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan
yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
3. Jika dibacakan kepada orang yang
sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi
pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang
tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara.
Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan
dari Allah Ta’ala.
5. Jika bertempur menentang musuh, tidak
binasa disebabkan
terbakar, tidak lutdengan
pukulan besi dan tiada mudaratdari
sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal
kepada Allah SWT.
1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
3. Baca ayat ini ketika hendak keluar
rumah sekurang-kurangnya tiga
kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini,
eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita
ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan
di masa mendatang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar